RAMAI YANG BERTANYA DENGAN KAWAN MACAM MANA KEADAAN JETI TANJUNG LEMAN...ADE PARKING TAK..ADA TEMPAT MAKAN TAK..ADA SURAU TAK,,,OK HARI NI KAWAN UP BEBERAPA GAMBAR JETI TANJUNG LEMAN...SUPAYA PARA PELANGGAN DAPAT BAYANGKAN BAGAIMANA KEADAAN JETI TERSEBUT..
OK....NAMPAK SIGNBORD NI,,,,TUAN SAMPAI JE,,TUAN AKAN NAMPAK TULISAN BESAR NIE,,HIHI...
ok ni plak keadaan dalam jeti...bole katakan ruang menunggu la....menunggu sambil mengisi perut dahulu...kat dalam ni ada kedai makan,kedai minum,kedai serbaneka,kedai runcit,kedai cenderahati....surau dan tandas awam pon ada sekali,,,,tapi kawan tak sempat plak nak g bahagian belakang untuk amik,,,nanti kawan amik ye,,
ni plak tempat tuan-tuan semua menunggu sementara kawan mengimpit bot di jeti untuk berlepas ya,,,nampak tulisan PERHATIAN TU....kemain besar lagi dia,,,harap tuan-tuan mengikut peraturan ya,,,macam zaman sekolah dulu,,hahahah
manakala jeti kayu ni plak,,tempat kami semua pengusaha bot menunggu tuan-tuan semua...bila tuan-tuan sampai baru lah kami bole ke jeti berlepas,,,nak lagi cepat bila tuan-tuan hampir sampai jeti terus call kawan untuk kawan bersiap sedia,,,alamak abg ni control macho la kat jeti ni...
ok ni ruang untuk tuan-tuan semua menunggu kawan impit bot kawan,,,,tuan-tuan akan menunggu disini nanti selepas pengawal keselamatan mengizinkan tuan-tuan masuk ke jeti,,,,,ehhhh nmpk KFC la kat tepi batu tu,,,,ye,,,di jeti ni ada kfc..operasi sehingga jam 10 mlm
ni la KFC yg kita nampak dari jeti tadi...mana lah tahu tuan-tuan nak buat umpan KFC kat laut nanti,,hahahahha,,melawak je,,
kawasan parking di jeti tanjung leman,,jeti ini menyediakan parking unt pelanggan dan ada pengawal keselamatan yang menjaga,,,so pelanggan tidaklah perlu risau dengan kenderaan yang ditinggalkan,,
kawasan parking di jeti tanjung leman,,jeti ini menyediakan parking unt pelanggan dan ada pengawal keselamatan yang menjaga,,,so pelanggan tidaklah perlu risau dengan kenderaan yang ditinggalkan,,
ok kita tengok dari pandangan laut keadaan bot yg menunggu pelanggan di jeti kayu...macam ni la keadaannya..
kawan rasa setakat ni yg dapat kawan kongsikan keadaan dan pandangan JETI TANJUNG LEMAN MERSING JOHOR...inilah yang dapat kongsikan serba sedikit....
"KESELESAAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan